Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Arab Saudi telah menahan seorang lelaki yang cuba membakar dirinya di hadapan Masjid Besar di bandar suci Mekah.
Mejar Sameh al-Salami yang merupakan jurucakap kepada pasukan polis di Masjid Besar mengumumkan berita tersebut pada hari Selasa. Dia berkata seorang lelaki yang memegang kerakyatan Arab Saudi cuba untuk membakar dirinya dengan mencurahkan minyak petrol ke atas dirinya berdekatan dengan Ka'bah pada jam 11.00 malam waktu tempatan.
"Dia ditahan sebelum dia dapat meneruskan tindakan membakar diri dan sikapnya turut menunjukkan bahawa dia mengalami masalah mental. Setiap langkah yang perlu akan diambil (berkaitan perkara ini)," kata Salami.
Sebahagian daripada saksi mengatakan bahawa lelaki tersebut turut cuba untuk membakar kain penutup Ka'bah.
/315